Rumahku..Syurgaku..

Sedap mata memandang bila laman rumah dihiasi tanaman hijau.Konsep tanaman edible garden iaitu‘ taman yang mengunakan tanaman yang boleh dimakan sangat menarik dan mendatangkan faedah jika diaplikasikan di rumah-rumah.. Ianya menggunakan ruang yang minimum.. Malahan yang bestnya ianya boleh dibawa makan..
Itu sebabnya kalau sebelum ini landskap rumah yang sering dihiasi dengan bunga-bungaan boleh ditukar ke landskap sayur-sayuran..
Memang ianya sedikit sebanyak membantu dari segi penjimatan bahan-bahan masakan di dapur..
Malahan penjualan benih-benih sayur juga sudah boleh didapati di mana-mana pasaraya.
Malahan MARDI juga ada memperkenalkan konsep minifertigasi yang membantu mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman tersebut..
Antara tanaman-tanaman yang ditanam saya dan sudah pun mendatangkan hasil:

Garis Panduan Penyimpanan dan Pengendalian Racun Serangga

Semua Racun Makhluk Perosak (Pesticides) mesti disimpan dan dikendali secara selamat bagi mengelak sebarang kemalangan atau keracunan akibat salah kendali dan salah guna. Kemudahan menyimpan racun serangga haruslah memenuhi kriteria minima tertentu bagi memastikan keselamatan sepenuhnya kepada pengendali, penduduk dan hidupan lain serta mencegah pencemaran alam sekitar terutama sumber air oleh racun serangga.
Setiap tahun Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia membeli racun serangga bagi memenuhi keperluan kawalan vektor seluruh negara dengan membekalkan keseluruh negeri dan seterusnya setiap negeri akan mengagihkan racun-racun serangga berkenaan ke daerah-daerah. Ini disebabkan kawalan vektor menggunakan bahan kimia masih merupakan salah satu strategi utama bagi membendung wabak penyakit-penyakit bawaan vektor seperti denggi, malaria dan Japanese
Encephalitis (JE). Pemilihan sesuatu racun serangga adalah berasaskan kriteria-kriteria tertentu seperti keberkesanan, jenis formulasi, dosis, sama ada meninggalkan kesan bau, atau warna, tiada sifat menghakis dan lain-lain termasuk keselamatan penggunaan kepada manusia dan alam sekitar.

Racun serangga digunakan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit bawaan vektor seperti semburan kabus bagi pengawalan wabak denggi, semburan residu bagi pengawalan vektor malaria, atau digunakan sebagai pembunuh jentik-jentik bagi mengawal vektor denggi, malaria dan lain-lain. Di samping itu, racun serangga juga digunakan bagi menghalang gigitan nyamuk seperti penggunaan kelambu berubat. Sehubungan itu satu garis panduan penyimpanan, pengangkutan dan pengendalian racun serangga perlu dikeluarkan dan diedarkan kepada semua personel yang terlibat bagi memastikan semua peraturan dan prosedur serta langkah-langkah keselamatan dipatuhi sebagai langkah mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.


PENGANGKUTAN RACUN SERANGGA

Langkah-langkah keselamatan tertentu perlu diikuti apabila mengangkut
racun serangga dari satu tempat ke tempat lain walaupun untuk suatu jarak
yang dekat. Kontena atau bekas berisi racun serangga mungkin terbalik dan
isinya mungkin tertumpah sekiranya tidak dibawa dengan cara yang betul.
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


1.      Pastikan hanya personel yang ditugaskan sahaja yang boleh
mengendali racun serangga.
2. Pastikan personel berkenaan tidak berkerja bersendirian setiap kali
mengendali racun serangga. Ini bagi membolehkan kehadiran orang
lain sekiranya berlaku kemalangan dan orang terbabit boleh membuat
panggilan kecemasan atau memberi pertolongan kecemasan pada
kadar segera.
3. Kenderaan yang sesuai bagi pengangkutan racun serangga adalah
lori, truck, pick-up atau twin-cab atau kenderaan yang mempunyai
ruangan terpisah antara pemandu dan barangan racun yang diangkut.
4. Pastikan kenderaan yang mengangkut racun serangga, turut
membawa serta “hazardous materials spill kits” iaitu semua peralatan
dan bahan yang diperlukan semasa menghadapi kecemasan sekiranya
berlaku tumpahan seperti resistant gloves, coverall, goggle, sorbent
pads, bahan penyerap (contohnya serbuk kayu, pasir halus, “activated
charcoal”, “absortive clay”, “vermiculite”, “pet litter” dan lain-lain),
penyodok dan kontena kosong atau bekas plastik bagi tujuan
penyimpanan sementara racun serangga yang tumpah tersebut.
5. Elakkan membawa racun serangga bersama bahan makanan dan
minuman termasuk makanan ternak atau makanan haiwan peliharaan
semasa mengangkut racun serangga.
6. Jangan sekali-kali makan, minum dan merokok semasa sedang
mengendalikan racun serangga.
7. Jangan sekali-sekali membawa penumpang dalam ruangan yang sama
dengan racun serangga. Dengan kata lain jangan meletak racun
serangga di tempat penumpang. Racun serangga mestilah diangkut
secara terpisah dari penumpang (tidak boleh dalam ruangan yang
sama).
8. Pastikan personel yang mengendali racun serangga sentiasa memakai
pakaian perlindungan diri (Personal Protection Equipments - PPE)
walau pun ketika mengangkut racun serangga dalam kontena yang
bertutup rapat atau kontena yang masih belum dibuka.
9. Sentiasa pastikan semua peralatan perlindungan diri yang lain turut
dibawa bersama dalam kenderaan setiap kali mengangkut racun
serangga.
10. Sentiasa pastikan kontena diperiksa dengan teliti bagi memastikan
tiada kebocoran walau sekecil manapun.
11. Lantai kenderaan (truck, lori atau pick-up) perlu dilapik dengan bahan
yang tidak telap (“impervious liner”) seperti plastik atau bahan lain yang
“non-porous”. Ini bertujuan bagi menghalang sebarang tumpahan racun
serangga dari meresap atau merembes melalui lantai kenderaan.
12. Sekiranya berlaku tumpahan sila patuhi “3 C” (control, contain & cleanup),
iaitu mengawal dan menghalang tumpahan dari merebak ke
tempat lain, timbus segera tumpahan dengan bahan penyerap (habuk
kayu, pasir dan lain-lain bahan penyerap), kemudian bersihkan
tumpahan dengan menggunakan penyodok dan dimasukkan ke dalam
kontena atau bekas plastik tebal untuk dilupuskan. Sekiranya perlu,
hubungi segera pihak Jabatan Alam Sekitar atau lain-lain agensi yang
berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
13. Kontena atau bekas berisi racun serangga mestilah diangkat. Elakkan
membawa kontena berisi racun serangga secara mengheret atau
menggelindingkan kontena di atas permukaan jalan. Ini bagi
mengelakkan berlaku kebocoran atau kemungkinan kontena terkoyak
(bagi pakej kertas atau plastik). Gunakan troli yang bersesuaian
sekiranya kontena terlalu berat.
14. Jangan sekali-kali melambung kontena racun serangga walaupun
kontena yang berukuran kecil, pastikan kontena sentiasa diangkat dan
hendaklah dilakukan secara berhati-hati.
15. Ikat kontena ke dinding kenderaan, atau gunakan kaedah lain bagi
mempastikan kontena tidak bergolek atau berganjak atau berubah
tempat semasa perjalanan.
16. Pastikan bahagian penutup kontena sentiasa menghadap ke atas.
Jangan baringkan kontena bagi mengelakkan penutup terbuka semasa
perjalanan dan seterusnya isi kontena mungkin tumpah.
17. Sekiranya mengangkut racun serangga formulasi kering dalam
bungkusan atau pekej kertas pastikan kenderaan yang digunakan ada
atap dan tidak terdedah pada hujan.
18. Pastikan kenderaan tidak ditinggalkan tanpa jagaan sekiranya
berhenti, bagi memastikan tidak berlaku kecurian atau diambil oleh
orang yang tidak bertanggung-jawab.
19. Pindahkan racun serangga dengan segera ke tempat penyimpanan
apabila sampai ke destinasi.
20. Pastikan semua kontena, pekej atau bungkusan berisi racun serangga
mempunyai label asal yang sempurna dan lengkap.
21. Bagi racun serangga yang tergolong sebagai bahan kimia berbahaya
atau “Hazardous Materials” (Hazmat). Sekiranya mengangkut Hazmat
dalam amaun yang banyak (tertentu) dengan menggunakan jalan raya
awam maka plakad yang menyatakan jenis bahan yang dibawa
mestilah diletakkan dibahagian luar kenderaan (pada setiap 4 sisi
kenderan) bagi memberi amaran pada kenderaan lain agar berhati-hati.
22. Pemandu kenderaan perlu dimaklumkan dan diberi taklimat mengenai
bahan yang diangkut dan risikonya serta langkah-langkah keselamatan
bagi memastikan pemandu membawa kenderaan secara berhati-hati
dan mampu mengawal situasi sekiranya berlaku tumpahan dan
kemalangan.
23. Pastikan semua dokumen penghantaran barang (Shipping Papers)
mengenai bahan yang diangkut, serta nombor telefon untuk
“emergency response”, dan “Material Safety Data Sheets” (MSDS)
yang mengandungi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
jika berlaku tumpahan adalah turut dibawa dan hendaklah diletakkan
ditempat yang mudah dicapai oleh pemandu atau mudah dilihat oleh
pihak penyelamat supaya mereka boleh mengambil tindakan atau
memberi bantuan mengikut prosedur sewajarnya sekiranya berlaku
kemalangan.

PENYIMPANAN RACUN SERANGGA

1. Apabila sampai ke distinasi, racun serangga mestilah segera disimpan
secara selamat bagi mengelak kecurian atau diambil orang-orang yang
tidak sepatutnya.
2. Pastikan semua setor penyimpanan dibina mengikut keperluan minima
(minimum spesification) bagi mengelak sebarang kejadian tidak
diingini.
3. Pemilihan lokasi untuk membina setor penyimpanan juga perlu
memenuhi beberapa keperluan:
3.1 Hendaklah menjauhi kawasan sensitif (kawasan perumahan,
padang permainan kanak-kanak, kawasan perternakan, kebun,
kolam dan tasik). Sebaiknya “downwind” dan “downhill” dari
kawasan berkenaan.
3.2 Jangan bina setor di kawasan yang diketahui mudah dan sering
berlaku banjir.
3.3 Hendaklah jauh dari sumber air bagi mengelakkan kontaminasi
atau pencemaran sekiranya berlaku tumpahan dan pastikan
arah aliran (longkang dan sebagainya) menjauhi sumber air bagi
mengelak pencemaran.
3.4 Sebaiknya sistem saliran yang khas perlu dibina sekitar setor
bagi memastikan sebarang tumpahan dapat dikumpul ke dalam
kolam tadahan khas untuk tindakan lanjut.
3.5 Jangan bina setor berhampiran sistem peparitan awam.
4. Setor penyimpanan racun serangga hendaklah sebaiknya didirikan
khas bagi maksud ini.
Walau bagaimanapun ini tergantung pada
amaun inventori racun yang biasanya disimpan. Sekiranya amaun
racun tidak banyak bolehlah menggunakan kabinet atau bilik khas dan
bilik tersebut sebaiknya hendaklah berada di tingkat bawah sekiranya
bangunan bertingkat. Bagaimanapun setor penyimpanan yang terasing
dari bangunan lain adalah sangat digalakkan.
5. Setor penyimpanan racun serangga sebaiknya terdiri dari 4 seksyen, iaitu:
5.1 Bilik penyimpanan racun
5.2 Bilik penyimpanan peralatan perlindungan diri, dokumentasi
seperti fail inventori dan sebagainya
5.3 Tempat menyedia dan membancuh racun
5.4 Bilik air atau kemudahan mencuci diri yang dilengkapi air pancur.
6. Menyimpan racun serangga sebaiknya diasingkan mengikut jenis
racun dan jenis formulasi.
Gunakan papan tanda bagi memastikan
sesuatu jenis racun sentiasa disimpan di tempat yang sama. Elakkan
meletak di tempat yang berubah-ubah. Ini bagi mengelakkan berlaku
kekeliruan dan salah ambil serta mengelak berlaku kontaminasi.
7. Bilik penyimpanan sebaiknya dilengkapi dengan rak atau shelves.
Pastikan rak cukup kuat bagi menampung berat kontena racun serangga.
8. Apabila menyimpan racun serangga menggunakan rak atau shelve
sebaiknya kontena yang berat diletak di bahagian bawah dan kontena
yang ringan di bahagian atas.
9. Racun serangga formulasi kering berbentuk serbuk perlu diasingkan dari
racun serangga formulasi cecair atau yang mudah menguap. Ini bagi
mengelakkan kontaminasi bahan menguap meresap ke bahan kering.
10. Tempat atau platfom untuk membancuh dan menyedia racun
hendaklah terletak di luar bangunan setor dan di tempat terbuka.
Binaan khas perlu disediakan untuk keperluan ini seperti berikut:
10.1 Lantainya hendaklah dari konkrit tetulang, non-porous dan kuat.
10.2 Lantai ini berbentuk persegi, sebaiknya berukuran 20’ x 20’ atau 30’
x 30’ dengan cerun agak menurun kearah tengah dari semua sisi.
10.3 Tengahnya mempunyai lubang dengan diameter selebar 1 atau
11/2 kaki bagi membolehkan tumpahan mengalir masuk
kedalam kolam atau tong tadahan di bawahnya yang dibuat dari
bahan keluli tahan karat.
10.4 Setiap penjuru lantai disemua sisi hendaklah mempunyai bendul
(dikes) bagi menghalang tumpahan dari melimpah ke kawasan
luar lantai. Bendul ini hendaklah berbentuk bulat bagi
membolehkan kenderaan melepasinya.
11. Pastikan semua “Personel Protection Equipment” (PPE) dan
“hazardous materials spill kits” disimpan berdekatan atau bersebelahan
setor serta mudah diambil untuk kegunaan apabila diperlukan.
12. Racun rodent jenis umpan tidak boleh diletakkan berhampiran racun
serangga lain kerana umpan beracun ini boleh menyerap odour dari
racun serangga lain dan seterusnya menjadikan umpan tersebut tidak
lagi menarik pada rodent untuk memakannya.
13. Pastikan semua racun serangga disimpan dalam kontena asal (dari
kilang) dengan label asal yang lengkap. Sekiranya label terkoyak atau
rosak, usahakan untuk mendapatkan semula label asal dari pembekal
dan dilekatkan semula pada kontena berkenaan.
14. JANGAN sekali-kali menyimpan racun serangga dalam kontena bekas
minuman atau makanan (termasuk makanan ternak).
15. Jangan sekali-kali menyimpan racun serangga di tempat yang sama
untuk menyimpan makanan termasuk makanan ternak atau berdekatan
tempat pengendalian makanan. Sebaliknya jangan menyimpan
makanan atau bahan makanan di tempat menyimpan racun.
16. Pastikan kontena yang disimpan sentiasa diperiksa dari masa
kesemasa bagi mengesan sebarang kebocoran.
17. Sekiranya kebocoran dikesan, pindahkan segera racun tersebut
kedalam kontena kosong lain dan mesti dilabelkan sama seperti
kontena asal. Jika ada kontena bekas racun serangga jenis dan
formulasi yang sama adalah lebih baik
18. Pastikan racun serangga digunakan pada kadar “masuk dulu guna
dulu” dan gunakan racun dalam kontena yang telah dibuka terlebih
dahulu sehingga habis sebelum menggunakan racun dalam kontena
lain yang masih belum dibuka.
19. Setor hendaklah berkeadaan sejuk, dengan aliran pengudaraan yang
baik serta jauh dari sumber panas atau punca api. Ini kerana
sesetengah racun serangga akan berubah keberkesanannya atau
boleh rosak jika terdedah pada panas yang berlebihan. Selain itu,
sesetengah racun serangga mungkin menghasilkan gas jika terdedah
pada panas dan boleh menyebabkan tekanan dalam kontena
bertambah. Keadaan ini sangat berbahaya terutama semasa kontena
dibuka.
20. Dinding dan pintu setor hendaklah dari bahan tahan api (fire-proof)
untuk sekurang-kurangnya 2 - 3 jam.
21. Semua setor dimestikan meletakkan papan tanda peringatan di luar
setor, sebaiknya dibahagian luar pintu atau pada dinding luar
berhampiran pintu masuk di tempat yang mudah dilihat apabila
sesorang mendekati setor. Contoh papan tanda adalah seperti berikut:
“BAHAYA - RACUN MAKHLUK PEROSAK - JAUHKAN DIRI”
“DANGER - PESTICIDES - KEEP OUT”
22. Papan tanda hendaklah dibuat dalam ukuran besar supaya mudah
dibaca dengan jelas. Adalah lebih baik menggunakan pelbagai bahasa
untuk kemudahan orang yang kurang arif bahasa tertentu.
23. Di pintu setor atau di dinding setor perlu diletakkan senarai racun
serangga yang disimpan serta amaunnya dan maklumat ini hendaklah
sentiasa dikemaskini. Ini bagi memastikan pihak penyelamat mengetahui
jenis bahan yang dihadapi mereka semasa keadaan kecemasan.
24. “Material Safety Data Sheet” (MSDS) juga perlu diletakkan di luar
bangunan supaya sesiapa sahaja yang berurusan dengan racun
serangga tahu dengan pasti apa yang harus dilakukan semasa
mengendali dan terutama ketika menghadapi keadaan kecemasan
akibat tumpahan dan kemalangan berkait racun serangga.
25. SEMUA TEMPAT PENYIMPANAN RACUN SERANGGA HENDAKLAH
SENTIASA BERKUNCI APABILA TIDAK DIGUNAKAN, tanpa mengira
sama ada disimpan dalam kabinet, bilik, setor dan sebagainya.
26. Pastikan hanya personel yang ditugaskan atau ketua setor sahaja yang
boleh memasuki dan mengendali setor penyimpanan dan pastikan
personel yang ditugaskan adalah lebih dari seorang.
27. Semua setor terutama yang menyimpan inventori yang banyak
hendaklah dilengkapi alat pengesan kebakaran dan alat pemadam
kebakaran.
28. Semua kontena sebaiknya diletak di atas rak kayu atau rak logam dan
jangan diletak secara langsung di atas lantai. Ini bagi mengurangkan
corrosion akibat berkarat dan selain itu memudahkan mengesan
sebarang kebocoran terutama kebocoran yang kecil.
29. Sebaiknya kontena racun serangga diletak di bahagian tepi dinding
dan jangan di letak di bahagian tengah. Ia bagi memberi ruang gerak
yang selesa dan mengelak kemalangan semasa mengangkat dan
membawa kontena racun serangga keluar atau masuk setor.

MEMBANCUH DAN MENYEDIA RACUN SERANGGA

1. Semua kerja membancuh dan menyedia racun serangga hendaklah
dilakukan di tempat terbuka dan di luar setor sebaiknya di tempat yang
dibina khas untuk tujuan ini.
2. Pastikan pengendali memakai pakaian pelindung dan menggunakan
semua alat pelindung diri yang disediakan
3. Baca label sebelum memulakan kerja membancuh.
4. Patuhi dan ikut arahan label mengenai kadar bancuhan dan langkah
keselamatan.
5. Jangan makan, minum atau merokok semasa membancuh racun
serangga.
6. Jangan mengangkat kontena yang berat seorang diri, dan hendaklah
sentiasa berhati-hati dan bekerja dengan cermat.
7. Jangan membuat kerja secara tergesa-gesa, atur masa dengan betul
agar semua berjalan lancar.
8. Bancuh dan sediakan racun serangga hanya apabila hendak
digunakan pada hari yang berkenaan sahaja, jangan bancuh dan
simpan untuk digunakan pada hari lain. Keberkesanan racun serangga
akan berkurangan atau menjadi tidak berkesan sama-sekali.
9. Semua peralatan yang digunakan termasuk mesin penyembur
hendaklah dalam keadaan bersih dan siap guna serta berfungsi dengan
baik. Sentiasa pastikan peralatan diperiksa sebelum digunakan.
10. Bersihkan peralatan semburan dan lain-lain alat selepas digunakan. Ini
bagi memastikan sisa racun serangga yang tertinggal tidak kering dan
menyumbat peralatan menyembur yang boleh menimbulkan masalah
apabila digunakan pada hari lain.
11. Pastikan semua personel menyalin pakaian kerja dengan segera
selepas bertugas, mandi dan membersihkan diri dengan sabun serta
memakai pakaian bersih sebelum pulang ke rumah. Ini bagi
mengelakkan kontaminasi dan pencemaran, terutama pada anak-anak
dan makanan apabila pulang ke rumah.

TINDAKAN SEKIRANYA BERLAKU TUMPAHAN

Walaupun langkah-langkah keselamatan telah diikuti sepenuhnya semasa
bekerja dan mengendalikan racun serangga, namun kadang-kadang
kemalangan mungkin masih berlaku. Oleh itu perkara-perkara berikut perlu
diberi perhatian;

1. Sekiranya tumpahan berlaku di kawasan penyimpanan maka tindakan
cepat dan pantas perlu segera dilakukan. Oleh itu adalah amat penting
semua peralatan mengatasi tumpahan atau “harzadous pesticide spill
kit” mestilah sentiasa ada dan boleh segera digunakan dan konsep
“3C” dilaksanakan iaitu “Control, Contain and Clean-Up”. Sekiranya
pesticide tersebut berbentuk cecair, maka hendaklah segera dihalang
dari merebak ke tempat lain atau dihalang dari memasuki longkang
dengan tindakan cepat menimbus tumpahan tersebut dengan bahan
penyerap seperti serbuk kayu, “activated charcoal”, “absortive clay”,
“vermiculite”, “pet litter”, atau bahan penyerap lain dan pastikan seluruh
tumpahan ditimbus oleh bahan penyerap berkenaan. Kemudian sapu
atau sodok menggunakan penyodok dan masukkan ke dalam bekas
plastik tebal untuk dilupuskan dengan cara yang sepatutnya. Jangan
sekali-kali menggunakan air kerana racun serangga tersebut akan
menyebar dengan cepat dan menyebabkan pencemaran lebih meluas
kerana mungkin memasuki longkang, parit dan seterusnya memasuki
sumber air atau meresap ke dalam tanah dan akhirnya juga akan
mencemari sumber air.
2. Sekiranya racun serangga terpercik atau tertumpah ke baju atau ke
badan pekerja, maka pekerja tersebut hendaklah meninggalkan
kawasan tersebut dengan segera dan terus pergi ke tempat
membersihkan diri. Oleh itu amat penting kemudahan mencuci
disediakan berdekatan dan pastikan bekalan air sentiasa tersedia.
Pakaian hendaklah ditanggalkan segera dan cuci bahagian badan
yang kena tumpahan tersebut dengan air. Gunakan sabun dan air yang
banyak. Ulang mencuci beberapa kali.
3. Ikut peraturan pertolongan pertama kecemasan sebagaimana
dinyatakan pada label racun serangga berkenaan atau segera
mendapatkan rawatan perubatan di kemudahan kesihatan terdekat.
4. Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan penghasilan asap beracun
(toxic fumes) segera arahkan semua orang yang berada di tempat
kejadian meninggalkan kawasan tersebut sejauh mungkin dan segera
maklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Di
samping itu, itu kawasan tersebut hendaklah ditutup.
5. Satu langkah yang bijak membaca seluruh label dengan teliti setiap kali
menerima racun serangga terutama racun jenis baru serta mengingati
langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kejadian yang
tidak diingini. Penyelia perlu sentiasa memaklumkan secara berulangkali
kepada pekerja-pekerja dari masa ke semasa agar mereka
mengingati langkah-langkah berkenaan sepanjang masa.
6. Adalah menjadi hak setiap pekerja (worker’s right to know) yang
berurusan dengan bahan berbahaya diberitahu mengenai bahaya dan
risiko bahan yang dikendali serta prosedur dan langkah-langkah
keselamatan bagi menghindar perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku.
7. LABEL racun serangga dengan sendirinya adalah undang-undang
dan perlu dipatuhi. Oleh itu ketua aktiviti atau penyelia bertanggungjawab
menerangkan kepada pekerja-pekerja mereka setiap perkara
yang dinyatakan di label kerana biasanya pekerja tidak memahami
maksud yang dinyatakan di label disebabkan terlalu teknikal.



Sumber:
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
http://www.infosihat.gov.my/media/garisPanduan/GP_Vektor/GPanduanRacunSerangga_Reduce.pdf

Rahsia Laman kekal Menarik

RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua.
Membuang daun mati termasuk kerja pemangkasan dapat mencantik dan menyuburkan pokok.
Membuang daun mati termasuk kerja pemangkasan dapat mencantik dan menyuburkan pokok.
Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.
Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan.
Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.
Justeru, tentukan jenis pokok yang ditanam, kerana sesetengah pokok memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak. Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak.
Membuang pucuk pokok menggalakkan pertumbuhan daun.
Membuang pucuk pokok menggalakkan pertumbuhan daun.
Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.
Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat.
Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga laman adalah pemangkasan pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya.
Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok dan jika tersalah potong menyebabkan pokok hilang kecantikan, bentuk atau akan rosak. Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air juga termasuk dalam kerja pemangkasan untuk kesuburan pokok.
Kekerapan menyiram bergantung kepada keperluan pokok.
Kekerapan menyiram bergantung kepada keperluan pokok.
Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu. Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan menambah baik kualiti dan kuantiti bunga.
Untuk menjalankan kerja pemangkasan, peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam hendaklah digunakan. Pemilihan peralatan yang betul sangat penting untuk menentukan kerja pemotongan dibuat dengan sempurna. Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.
Aspek seterusnya adalah pembajaan. Baja penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.
Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.
Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Maka, kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.
Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.


INFO: Tip penjagaan laman
# Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
# Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
# Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
# Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

sumber:
Berita Harian
http://www.senihias.com/v2/?cat=27 

Edible Garden

Edible Garden adalah konsep tanam tanaman yang boleh dimakan. Dalam erti kata lain, tumbuhan yang kita tanam dan boleh dimakan. Konsep 'EDIBLE Garden' ini diilhamkan  oleh  isteri bekas  Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Jeanne Abdullah semasa Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008). Selepas Edible Garden di perkenalkan, ramai penduduk Malaysia yang telah menggunakan konsep ini di rumah mereka.

Jika dilihat, suhu di Malaysia ini amat sesuai untuk menanam. Dimana saja kita boleh tanam hanya persoalan yang timbul adakah sesuai atau tidak. Tetapi itu bukanlah masalah besar kerana Konsep Edible Garden ini juga di kenali sebagai Berkebun Dapur yang mana tempat yang paling sesuai adalah di halaman rumah sendiri.  Mudah dan selamat.  Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan. Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan. Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap. Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

Sayur yang sesuai untuk Edible Garden Minifertigasi adalah sawi, terung, bendi, ulaman - gajus, tenggek burung, ulam raja dan sabung nyawa. Tumbuhan jenis perisa juga sesuai untuk
melengkapkan lagi Edible Garden seperti pudina, kesum, serai, kari dan pandan.
Memang menarik sekali konsep ‘edible garden’ untuk diaplikasikan di rumah-rumah.. Memang ianya sedikit sebanyak membantu dari segi penjimatan bahan-bahan masakan di dapur.. Mungkin bagi yang tinggal di rumah bertingkat akan menolak konsep ini. Jangan begitu, kosep edible Garden ini tidak semestinya memerlukan ruang atau halaman yang besar. Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Dengan 1 pasu kita boleh menanam 2 jenis sayur di dalamnya.. Fikir-fikirkan lah..Amalkan gaya hidup sihat......







Sumber & rujukan:
Berita Harian: http://pertanianmjg.perak.gov.my/pdf/taman_kebun.pdf
Felda: http://www.felda.net.my/feldav2/en/entrepreneur/egf

Cucuk Tanam di Halaman Rumah......

Makan sayur banyak khasiatnya..Sayuran juga merupakan makanan pokok yang kandungan vitamin dan mineralnya sangat bagus untuk tubuh. Pergi ke Pasar cari sayur, tetapi tidak sesegar yang kita mahu. Di manakah sayur yang segar? Sudah tentu ada di Kebun Sayur. Tetapi rajinkah kita untuk ke Kebun setiap pagi hanya untuk mendapatkan sayur yang segar. Mengapakah tidak kita menanamnya sendiri..Lagi Segar dan Berkhasiat... Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:

1. Penyediaan Tanah

  • Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu
  • Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient.
  • Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
  • Tanah liat: tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, maka kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
  • Tanah pasir: Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.Tanah gambut: Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.Penyediaan Batas
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m.
2. Semaian
  • Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan selepas 3-4 minggu.
3. Penanam Benih
  • Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
4. Pembajaan
  • Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah seperti berikut:
 oMasukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan. 
oMasukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering.
oMampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.
oUlang langkah a), b) dan c) sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat.
oTerbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.
oLapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
oLapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
 

5. Penyiraman
  • Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.
6. Pengawalan Rumpai
  • Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan atau cangkul) atau secara sungkupan.

7. Pengawalan Serangga Perosak

  • Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina, dan beberapa tumbuhan herba yang lain. Jangan gunakan racun perosak.

Jenis sayuran yang boleh di tanam dengan senang adalah: Sawi, cili, terung bulat, terung panjang, kacang panjang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato, dan banyak lagi.










Sumber: Utusan Malaysia

Khasiat Sayuran & Ulaman

Cekur 
Menguncupkan rahim (untuk wanita lepas bersalin), mencegah sakit dan sengal tulang, demam, batuk dan sakit kerongkong.





 





Jering
Mencegah penyakit kencing manis, membersihkan buah pinggang, memperbaiki pembuangan air kecil dan memperkuat tulang.


 Kaduk
Memperkuatkan tulang.







 

Pegaga
Menguncupkan rahim, mengawet muda, memperbaiki peredaran darah, pertumbuhan rambut, memperkuatkan gigi dan untuk kecerdasan otak.




Petai
Mencegah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kembung, membersihkan darah dan usus.




Pucuk betik
Membantu penghadaman.



Pucuk gajus
Membersihkan darah. 






Pucuk mengkudu
Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim.




 Pucuk putat
Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.






Ulam raja
Membersihkan darah dan memperkuatkan tulang





Timun
Penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. Amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi

 Peria
Menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV, dan AIDS. Selain daripada meningkatkan sel imun tubuh, peria juga berguna untuk merawat atau mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "oppotunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Terung Pipit
Boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.



Cili
Kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin





Asparagus 
Mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula.

Kacang Botor
Kaya dengan zat kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya juga elok untuk nutrisi, iaitu proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan protein sebanyak lima hingga tujuh peratus di dalamnya selain vitamin A, vitamin C dan garam galian. Daunnya boleh juga dimakan mentah dan sedap dibuat sayur. Manakala ubinya juga boleh dimakan sebagai ulam mentah. Walaupun selepas dicelur selama beberapa minit, ulam ini masih mengandungi sebanyak 8 hingga 10 peratus protein, selain kaya dengan karbohidrat, kalsium dan fosforos. Daunnya jika dicampur dengan ramuan lain boleh dibuat losyen untuk meredakan penyakit cacar. Akarnya pula berkesan untuk menghilangkan penyakit vertigo ataupun gayat apabila berada di tempat tinggi.

Seleri

Merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia turut melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.
 
Bendi
Digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung












Sumber : Muharyani (1987)
Ramli Abdul Samad. 1997. Khasiat petai dalam perubatan tradisional. Majalah Kosmik, Jun: 48-49.
Dr. Ong Hean Chooi. 1997. Nutrien dalam tumbuhan penting untuk tubuh. Majalah Kosmik, Disember: 36-37.
Dr. Ong Hean Chooi. 1998. Sayuran tempatan mempunyai khasiat lebih bernilai. Majalah Kosmik, Januari: 38-39.
Rahana MD. 1997. Cili pedasnya menyengat. Wanita, September: 122-124.
Mastika. 1997. Tips kesihatan. Jun: 24-25.



 


Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U