Edible Garden adalah konsep tanam tanaman yang boleh dimakan. Dalam erti kata lain, tumbuhan yang kita tanam dan boleh dimakan. Konsep 'EDIBLE Garden' ini diilhamkan oleh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Jeanne Abdullah semasa Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008). Selepas Edible Garden di perkenalkan, ramai penduduk Malaysia yang telah menggunakan konsep ini di rumah mereka.
Jika dilihat, suhu di Malaysia ini amat sesuai untuk menanam. Dimana saja kita boleh tanam hanya persoalan yang timbul adakah sesuai atau tidak. Tetapi itu bukanlah masalah besar kerana Konsep Edible Garden ini juga di kenali sebagai Berkebun Dapur yang mana tempat yang paling sesuai adalah di halaman rumah sendiri. Mudah dan selamat. Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan. Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan. Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap. Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.
Sayur yang sesuai untuk Edible Garden Minifertigasi adalah sawi, terung, bendi, ulaman - gajus, tenggek burung, ulam raja dan sabung nyawa. Tumbuhan jenis perisa juga sesuai untuk
melengkapkan lagi Edible Garden seperti pudina, kesum, serai, kari dan pandan.
Memang menarik sekali konsep ‘edible garden’ untuk diaplikasikan di rumah-rumah.. Memang ianya sedikit sebanyak membantu dari segi penjimatan bahan-bahan masakan di dapur.. Mungkin bagi yang tinggal di rumah bertingkat akan menolak konsep ini. Jangan begitu, kosep edible Garden ini tidak semestinya memerlukan ruang atau halaman yang besar. Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Dengan 1 pasu kita boleh menanam 2 jenis sayur di dalamnya.. Fikir-fikirkan lah..Amalkan gaya hidup sihat......
Sumber & rujukan:
Berita Harian: http://pertanianmjg.perak.gov.my/pdf/taman_kebun.pdf
Felda: http://www.felda.net.my/feldav2/en/entrepreneur/egf
Cari dana tambahan tanpa harus pusing
Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188 solusinya
bingung cari agen bisa Depo/Wd pakai OVO sini yukkk mampir
Bisa lhooo di MASTERBET188
Pakai rek DANA juga bisa lho 🙂
🎲 Depo pulsa 👉 10.000
🎲 Depo Tf 👉 25.000
🎲 Withdraw 👉 50.000
Info lebih lanjut hubungi 👇
Hubungi Kami :
📲 Whatsapp: +6281397628 286
📲 Line : Masterbet188
🌏 Link 1 : www. masterbets188 .info