Makan sayur banyak khasiatnya..Sayuran juga merupakan makanan pokok yang kandungan vitamin dan mineralnya sangat bagus untuk tubuh. Pergi ke Pasar cari sayur, tetapi tidak sesegar yang kita mahu. Di manakah sayur yang segar? Sudah tentu ada di Kebun Sayur. Tetapi rajinkah kita untuk ke Kebun setiap pagi hanya untuk mendapatkan sayur yang segar. Mengapakah tidak kita menanamnya sendiri..Lagi Segar dan Berkhasiat... Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:
1. Penyediaan Tanah
1. Penyediaan Tanah
- Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu
- Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient.
- Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
- Tanah liat: tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, maka kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
- Tanah pasir: Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.Tanah gambut: Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.Penyediaan Batas
- Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m.
- Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan selepas 3-4 minggu.
- Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
- Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah seperti berikut:
oMasukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering.
oMampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.
oUlang langkah a), b) dan c) sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat.
oTerbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.
oLapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
oLapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
5. Penyiraman
7. Pengawalan Serangga Perosak
Jenis sayuran yang boleh di tanam dengan senang adalah: Sawi, cili, terung bulat, terung panjang, kacang panjang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato, dan banyak lagi.

- Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.
- Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan atau cangkul) atau secara sungkupan.
7. Pengawalan Serangga Perosak
- Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina, dan beberapa tumbuhan herba yang lain. Jangan gunakan racun perosak.
Jenis sayuran yang boleh di tanam dengan senang adalah: Sawi, cili, terung bulat, terung panjang, kacang panjang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato, dan banyak lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment